Untuk versi ini tak banyak designer baru yang muncul, asyik-asyik muka sama je. Aku harap ada sesiapa di antara kita dapat buatkan layout yang unik. Dulu aku tengok Jerry ada juga buat layout untuk pengguna Blogspot tapi sekarang tengah sibuk belajar agaknya.
Aku memang tak ada masa untuk buat layout, ada sesiapa berkenan dengan layout terbaru aku! Haha.
Paper Wall

Layout ini memang betul-betul teliti buatannya. Dari header sehingga footer semuanya menarik. Untuk Blogspot kalau nak guna kena ada hosting sendiri, lagipun banyak imej yang digunakan dalam layout ini. Apa-apa pun layout ini paling menarik untuk versi ketiga ini, setuju?
Blogspot : Muatturun
Wordpress : Demo / Muatturun
Typographic Times

Satu lagi layout menarik, nampak macam ringkas tapi aku rasa ianya juga tak boleh pandang sebelah mata. Cuba kamu tengok navigation barnya, ditambah lagi dengan post footernya. Memang berbaloi kalau kamu sukakan typografi. Eh! Apa yang aku perasan sekarang memang trend layout bercirikan typografi. Konfirm!
Blogspot : Demo / Muatturun
Light Word

Aku dah berkenan lama dengan layout ini. Navigation barnya seakan-akan 3 dimensi bukan? Buttonnya pun nama macam menyerlah je dengan penggunaan Css yang menarik. Kalau headernya kamu stailkan semula pasti nampak lebih elegan. Lain-lain aku rasa kamu dah tak perlu nak edit apa-apa pun.
Blogspot : Demo / Muatturun
Wordpress : Muatturun
Showcase

Aku suka imej backgroundnya, sangat-sangat sesuai dengan stail layout ini. Cuma ianya tak berapa atau memang tak sesuai langsung dengan blog yang tidak bergambar. Kalau blog kamu seperti direktori mungkin ianya sesuai untuk kamu.
Blogspot : Demo / Muatturun
Puppet

Berat hati nak cakap layout ini menarik. Secara jujurnya aku suka imej backgroundnya, lain-lain aku rasa biasa saja. Apa-apa pun headernya mungkin berupaya menutup kelemahan layout ini.
Blogspot : Demo / Muatturun
Wordpress : Demo / Muatturun
Inove

Layout ini memang popular dikalangan pengguna Wordpress, kiranya paling top tenlah. Oh ya! Aku memang pernah guna layout ini tapi agak membosankan kerana kamu memang tak boleh tukar imej beckgroundnya sendiri jika kamu tak terer dalam penggunaan Adobe Photoshop. Tapi navigation bar tu memang betul-betul aku jatuh hati, apa ketidaknya aku dah pernah ajarkan tutorial navigation barnya dulu. Tapi navigation bar tu versi berapa entah, mungkin aku patut update esok lusa.
Blogspot : Demo / Muatturun
Wordpress : Demo / Muatturun
Dreamy

Pendesign layout ini memang terer dalam menkombinasikan warna dengan bentuk layout. Itu aku paling tabik dekat dia. Sama je macam layout Showcase, jadi tak perlu aku cakap banyak. Dan memang tak ada versi untuk pengguna Wordpress, maaf!
Blogspot : Demo / Muatturun
Curious

Layout yang unik. Kalau kamu memang terer dalam Adobe Photoshop jangan lupa tukar imej kartun itu dengan kartun sendiri. Nanti layout yang unik jadi tak unik plak, betul tak?
Blogspot : Demo / Muatturun
Wordpress : Demo / Muatturun
SimplePaper

Sesuai dengan namanya, layout ini memang simple. Walaupun begitu, ianya memang dari buahtangan Jai, nama yang tak asing lagi bagi pengguna 'anak ayam' Wordpress. Alah, tak payah malu-malu. Masa aku baru guna Wordpress dulu pun aku memang rujuk dengan dia, banyak info yang aku dapat melalui dia. Layout dia memang hebat.
Blogspot : Demo / Muatturun
Wordpress : Demo / Muatturun
Stitches

Untuk penutup, aku berikan layout ini untuk mereka yang bercitarasa simple dan mementingkan kekemasan. Tak banyak kombinasi warna yang digunakan, semuanya ala-ala lembut je. Bagi pengguna Blogspot dengar-dengar ada widget yang tak support. Kalau kamu perlukan pertolongan kamu boleh hubungi aku melalui private message. Maksud aku Twitterlah!
Blogspot : Demo / Muatturun
Wordpress : Muatturun
waaaa
ReplyDeletebest2..
aku tgh carik dreamy untuk wp
ada yg berat~ aritu ku try~
ReplyDeletehuhuhu~
koe kretif la bro ! sllu jek tengok layout koe ni brubah, smart giler :)
ReplyDeleteko mcm tau2 je aku nak try yg first itewww, ahaks!!!
ReplyDeleteMarzuki,ko convert la cubismo yang template eriyza tuhh..
ReplyDeletelagi siot kalau port kat blog aku..perghh !!+
leh tau tak kat website mane nak design layout blogspot?
ReplyDeleteSmart siot layout Dreamy tu! Haha!
ReplyDeleteBTEMPLATE der banyak bro..!
ReplyDeleteaku suka yg simple2 jer x serabut sgt..erm boleh x buat theme yg ala2 twitter gitu haha..klo rajin la
ReplyDeleteaku sekarang tgh belajar na design templates for blog niy tapi ta jadi laa. tunjuk ajarku sifu...
ReplyDeleteMel putent quaeque an, ut postea melius denique sit. Officiis sensibus at mea, sea at labitur deserunt. Eam dicam congue soluta ut.
ReplyDeleteok tak layput kite...
ReplyDeletelihat lah blog saya
ReplyDeletehai
ReplyDeleteaq xbape faham ar nak wat cam ko nei...
ReplyDeletewah.. templates...thanks for sharing :)
ReplyDeletehehe mmg bergaya la cara anda :) teruja . . lg2 utk paper wall
ReplyDeleteamazing... keren bngt neh
ReplyDeleteem... bagus
ReplyDeletejugak..
leh try
driftweblog.com/
cantik2 bro theme yg ko buat..
ReplyDeleteteruskan usaha yer..hehe
Paling suka ma yang paper wall
ReplyDeleteak rase, cantik smart dan stylo are very subjective..
ReplyDeletenway, typographic mmg cool..
all very nice, thank you.
ReplyDeletethiefbite.blogspot.com
ReplyDeleteemm..hai..bro...
ReplyDeletesy bdk br nk kenal dunia blogger ni..
cane nk muat turun layout ke blog kite?
sy suka sssangat kt layout yg mula 2..mmg cantik sgt..hihi