Wednesday

Mengupdate Mesej Twitter & Plurk Melalui Handphone



Aku tak tahu bila kali terakhir aku update blog tapi yang pasti aku akan update juga Twitter aku walaupun sesibuk mana pun. Aku ingat lagi masa pertama kali aku pandai gunakan handphone untuk hantar mesej Twitter, setiap saat aku update. Biasalah benda baru masa tu.

Rasanya kamu mungkin dah sedia maklum tentang bagaimana nak update mesej Twitter melalui handphone bukan? Walaubagaimana pun aku nak tutorialkan jugak sebab senang kawan-kawan blogger kita nak rujuk bukan? Terima kasih sebab sudi lagi menjengah blog ini selama aku terlalu sibuk di politeknik mendalami ilmu kejuruteraan. Chewah.

Eh! Eh! Jangan tak tahu, kat Plurk pun boleh hantar mesej juga melalui telefon, tapi aku rasa siapa guna Plurk memang tak cool.

1. Masuk http://gladlycast.com/.

2. Pilih sama ada nak daftarkan kat akaun Twitter atau pun Plurk. Kamu akan diarahkan untuk mengisi email bersama kata laluan kamu untuk pengesahan.



3. Terdapat 3 buah negara yang menyupport Twitter yakni Malaysia, Singapura dan Filipina dan setiap negara mempunyai nombor handphone masing-masing. Sebagai pengguna tempatan iaitu Malaysia, nombornya adalah +6012-7959876.

4. Sekarang kamu dikehendaki menghantar mesej ke +6012-7959876 untuk pengesahan nombor telefon kamu.

5. Selepas proses pendaftaran disahkan, sekarang kamu boleh save nombor handphone +6012-7959876 ke dalam phone book kamu dan kamu sudah boleh menghantar mesej ke nombor tadi dan secara automatik ianya akan sampai ke akaun Twitter.


Nota : Jika anda pengguna tegar Maxis, sila tambahkan nombor +6012-7959876 sebagai senarai activ5 kamu. Kamu juga boleh menambah lebih dari 1 nombor handphone untuk menghantar mesej Twitter & Plurk melalui handphone. Jika kamu ingin kemaskini nombor handphone silalah pergi ke bahagian Preferences untuk membuang nombor handphone kamu.

5 comments:

  1. Pergh.. lama tak update blog...
    nice tips.. but aku dah guna lama dah...

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula utk receive twitter di handphone?Ada sebarang cara tak?

    ReplyDelete
  3. hehe, dah pernah baca tutorial pasal bende nie.. tak silap aku, status facebook pun bleh update via henset skang nie..

    ReplyDelete
  4. blowie, baru je. trylah tengok kalau tak percaya. best!

    ReplyDelete
  5. Anonymous10.2.10

    cane nak terima twitter dr hp plak?

    ReplyDelete