Wednesday

Membuat Banner Menggunakan Perisian PhotoScape

Aku nak kata pandai tak pandai juga, cuma nak ajar kepada yang belum tahu macam mana nak buat banner untuk blog. Aku tahu kamu kurang pandai menggunakan perisian Adobe Photoshop, mungkin juga kamu tak pandai langsung menggunakan perisian Adobe Photoshop. Sebagai alternatifnya kamu boleh gunakan PhotoScape.

PhotoScape memang banyak gunanya, kamu boleh gunakannya juga sebagai pengurus gambar, menggunakannya untuk menganimasikan gambar ataupun untuk mencetak gambar. Pendek kata macam-macam boleh buat tapi untuk entri ini aku ajar macam mana nak buat banner ringkas. Kalau kamu kreatif, banner yang ringkas pun boleh nampak cantik.

Untuk apa banner ni?

Kalau kamu perasan, banner pun salah satu cara nak tarik perhatian pengujung. Blog aku dulu mudah-mudah je orang kata hodoh, aku pun terpikir gak nak buat banner tapi memang tak pandai. Nak suruh orang buat banner percuma pun jangan haraplah, tak ada benda percuma dalam hidup ni. Bila kamu dah ada banner mati hidup balik pun pelawat akan ingat blog kamu sampai bila-bila.

Bila ada banner, guna layout Minima pun cantik. Tak percaya singgah je kat blog kawan aku contohnya Deedlebag dan Eman.

Malas nak meleret-leret, aku ajarkan kamu terus ya!

1. Dapatkan perisian PhotoScape 3.3 melalui web PhotoScape. Takkan nak instaall pun aku kena ajar, maka aku anggap kamu dah mahir dalam bab ni.

2. Pilih PhotoScape > Editor.



3. Kamu boleh jadikan mana-mana gambar wallpaper untuk dijadikan banner, jika terlalu besar kamu boleh merisizekan gambar bergantung kepada lebar header kamu. Untuk tutorial ini aku menggunakan gambar berukuran lebar 1024 piksel.



4. Kamu boleh guna banner ini untuk percubaan jika mahu.

5. Pilih Editor > Object > Text.



6. Selain Text, kamu juga boleh memilih Photo, Balloon dan Symbol didalam mod Object. Kamu juga boleh menggunakan efek didalam mod home jika kamu mahu. Aku syorkan kamu selalu godek PhotoScape selalu jika mahu cepat pandai.



7. Selesai.

Notakaki : Kamu boleh muatturun font di web FontSquirrel sebagai font tambahan. Manakala untuk mendapatkan gambar wallpaper yang menarik kamu boleh lawati di web Dezignus. Menarik bukan?

34 comments:

  1. memang class,baru si gadis koma ada masalah tentang banner,kau dah beri jalan penyelesaiannya...tabik spring 3x...http://bloginfotips.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. peh kacak sungguh tutorial anda. TQ. aku tak pernah tau pon wujud PhotoScape ni. bernafsu pulak nak cuba

    ReplyDelete
  3. photoscape kawe doh pakai lamo dah ...
    mmg senang nak pakai photoscape berbanding dgn google picasa ..

    anyway ... nice post

    ReplyDelete
  4. hahaha..begitoo malas ak gudek phoscapes..x sangke leyh buat mende alah ni

    ReplyDelete
  5. nice tutorial..
    lagipun ramai yang tak pandai nak buat banner sendiri..
    moga² dengan entry kali nie ramai yang bleh buat banner sendiri..
    good work..!

    ReplyDelete
  6. alah asik entri macam ni je. bile nk cerita psl suhaila lg? ekeke

    ReplyDelete
  7. Tuan rumah..nak tanya ni. Saya baru je tukar blog tu jd 3 column. Tiba2 header saya tak boleh kluar gambar. kenapa yer? Saya bandingkan kod (saya try dulu template 3 column tu kat blog lain-pastu baru paste ke blog ini)..tapi header tak boleh kluar gambar apatah lg banner seperti ini. Tahu tak sebabnya? Mekasih.

    ReplyDelete
  8. bagus..lepas ni boleh gua cuba-cuba buat banner sendiri..hahaha

    ReplyDelete
  9. anda di tag di blog saya. kalau tak buat tak nak kawan.

    ReplyDelete
  10. denoh..aduss..tpat kne kt buku lali aku nih..hehe..wah..photoscape..cm bes~

    ReplyDelete
  11. good tutorial...thanks :)

    ReplyDelete
  12. aku biasa pakai photofiltre je. hehe :)

    ReplyDelete
  13. wow,baru aku tahu haha
    btw thanks ;)

    ReplyDelete
  14. deenoh, macam tu lah.

    Bunny, jangan gelojoh sangat. Tahan nafsu tu.

    Ir. hydir, mungkin ya.

    cik kedondong, kalau malas habis ceritalah.

    Along Arman, sebab ramai sangat orang buat banner guna Paint, haha.

    deedlebag, kalau aku cerita nanti takda modal dia nak cerita kat blog dia. Haha.

    fazemy, buang header tu.

    mrblind, usaha tangga kejayaan.

    deedlebag, kamu lagi? Nanti aku jawab, haha.

    fateem, kenapa?

    amoi, sama-sama.

    KNizam, apa beza dua ni? Aku nak cubalah nanti.

    nzyrh, sama-sama.

    ReplyDelete
  15. sayang sekali photoscape tak de di dalam linux (aku rasa la).. so gimp dan inkspace je la

    ReplyDelete
  16. Mcm mana nk buang header ni?ish..tak paham.

    ReplyDelete
  17. Buat grafik cm banner nie, kena banyak try n error aje....cuma kalau nak cantik, mstada kretiviti gak...

    ReplyDelete
  18. photoscape ni pun aku belaja sendiri je macam photoshop. memang kena selalu godek kalau nak paham :)

    ReplyDelete
  19. SyaFia, rasanya sama je fungsinya tapi beza dari interface.

    fazemy, cuba google 'how to bla bla'.

    KampungBoy, kalau font dan wallpaper cantik, tentu bannernya cantik juga.

    EM AN, sebenarnya 'malas' yang buat kita payah tu.

    ReplyDelete
  20. Nanti kawe try.
    Tq. :)

    ReplyDelete
  21. aku nak fonts tu.
    babi ym aku takleh bukak.
    grrr.

    ReplyDelete
  22. bagus, bagus.. timaceh berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
  23. tq so much!! saya akan memanfaatkannye.. nanti nak try buat sendiri!!

    ReplyDelete
  24. camne nak buat kan banner tu memanjang.. sy try2 x leh pun.. tetap dapat segi 4

    ReplyDelete
  25. wah menarik...nak try buat la!

    ReplyDelete
  26. alohhh... cemana aku boley tetinggai entry nih yek??? rugikk... rugikkk... ;p

    ReplyDelete
  27. cam ne nak download font masuk photoscape??/

    ReplyDelete
  28. tutorial nih btl2 bermanfaat nih. akn di peraktikkan..

    ReplyDelete
  29. Herm.. cam menarik jek byk yg leh disedot utk kegunaan masa depan. Tq 4 sharin' ur knowledge bro!!

    ReplyDelete
  30. tq for sharing...

    ReplyDelete
  31. en. marzuki jalil ni, kalau buat tutorial
    mesti aku paham.

    tapi malam ni tak berapa nak paham.
    pasalnye aku tak nampak image.
    Celcom Berokband aku macam puaker.
    Masalahnye aku pon tak tau... setiap
    blog dari histing blogspot, aku tak
    nampak image. pening betoi la~

    ReplyDelete
  32. terima kasih banyak2...
    sangat membantu..
    yeaahh !!
    hahaa..

    ReplyDelete
  33. menjadi bro..
    ekeke..
    thankz sebab ajar.

    ReplyDelete