Sunday

7 Web Untuk Optimalkan Penggunaan Twitter

Jangan lupa follow aku, aku ada dimana-mana.

Aku tak tahu dah berapa orang dah bercakap mengenai Twitter, aku pun pengguna Twitter dan aku juga rasa teruja untuk merebiunya. Aku bukan nak rebiu web Twitter hari ini, semua orang pun dah tahu rasanya. Cuma aku rasa aku patut kongsikan beberapa web-web lain yang menggunakan Twitter sebagai perkhidmatannya.

Dibawah ini sebahagian web-web yang bagus untuk mereka yang aktif bertwitter. Mungkin ada banyak lagi, kalau ada masa aku rebiu lagi.

7 Web Untuk Optimalkan Penggunaan Twitter



TwitterFeed
Twitterfeed adalah web yang paling bermanfaat dan paling dekat dengan Twitter rasanya. Pernah tak kamu tengok akaun Twitter kawan kamu yang tertulis "Jom masuk blog aku, aku dah update.", "Blog aku dah update, sila komen" dan macam-macam lagilah mesej yang menyeru kenalannya masuk ke blog mereka. Kadang-kadang aku rasa semua itu buang masa.

Tak tahu lagi ke?

Dengan Twitterfeed, kamu tak perlu lagi buang masa. Web ini akan mengupdate secara automatik Twitter kamu jika kamu mengupdate blog kamu.




TweetSnap
TweetSnap membolehkan kamu snap mesej update dari mana-mana akaun. Kamu boleh gunakan add-ons Screen-grab tapi dengan TweetSnap, gambarnya lebih menarik dengan warna biru dan berlatar gambar burung.

Ianya akan berubah setiap kali kamu update mesej Twitter kamu, juga sangat sesuai bagi mereka yang aktif di web portal.




TwitterFriends
TwitterFriends lebih kepada memberi info kepada blog anda, sekurang-kurangnya kamu boleh tahu siapa yang paling kerap hantar mesej kat kenalan dan berapa kerap kamu hantar mesej kat kenalan kamu.

Lain-lain kamu boleh tengok graf akaun Twitter kamu macam mana dan kamu boleh banding dengan mana-mana akaun Twitter kawan kamu.




Twitter Search
Twitter Seach membolehkan kamu mencari keyword-keyword yang kamu mahu. Walaupun tak ada apa yang menarik untuk dicari tapi sekurang-kurangnya kamu boleh cuba mencari itupun kalau masing-masing menggunakan Twitter secara lebih profesional.

Ianya lebih bermanfaat jika kamu menghantar mesej dengan tajuk yang sesuai, tapi jangan lucah sudah. lain-lain kamu boleh mengetahui trend keyword-keyword yang popular, apakata sekarang kita jadikan keyword melayu, marzuki dan dilarang melarang sebagai trend keyword popular? Itupun jika kamu sanggup.




BubbleTweet
BubbleTweet ni membolehkan kamu memasang video pada akaun Twitter kamu. Ya, kamu boleh letakkan video pada akaun Twitter kamu, bukan pada mesej tapi pada muka depan akaun Twitter kamu.

Aku dah cuba, boleh tengok sini. sini atau sini. Mana-mana pun sama je. Kualiti video tidak memuaskan, harap maklum.





Tweenky
Tweenky masih diperingkat Beta dan menggunakan konsep Gmail sebagai muka depannya. Jika kamu dah baca kesemua mesej, kamu boleh tandakan sebagai All Read. Eh! Sumpah macam Gmail. Manakala jika ada mesej baru masuk, mesej akan berwarna oren.

Ianya juga mengandungi Twitter Search.




Qwitter
Qwitter membolehkan kamu mengetahui siapa kenalan kamu yang berhenti follow akaun Twitter kamu melalui email. Apa yang kamu perlu buat cuma isikan username kamu dan alamat email kamu.

Pesanan aku janganlah update dengan mesej-mesej yang membosankan. Asyik-asyik mesej "aku penat", "aku bosan" dan "aku lapar" je aku jumpa. Kenapalah hidup kamu sangat membosankan? Kalau bosan sangat berhentilah menulis, buang masa je.

Kamu dah follow aku belum? Insya'Allah aku akan follow kamu balik nanti. Dulu aku ada buat pelekat untuk pengguna Twitter, ingat lagi tak?

14 comments:

  1. Ok, tq marzuki :D

    xtau pon psl twitterfeed...friendfeed tau la..nk cuba plak yg len2 tu...

    ReplyDelete
  2. wah..
    banyaknya kegunaan twitter nih..
    aku pengguna twitter gak..
    tapi tak pernah nak kaji dalam2...
    hehe...

    ReplyDelete
  3. twitterfeed untuk open id je ke? satu lagi nak tanya, kat mana nak dapat widget yang boleh paparkan lebih dr satu kita punya update, tapi background cun macam twittersnap.tq

    ReplyDelete
  4. Aiya, cheq baru pk nak tulih pasal twitter, hang dah tulih dolu plak. Huhuhu!!! :(

    ReplyDelete
  5. aku salu update

    "aku nak terberak"

    "aku terase cam nak lempang juki"

    "lapar"

    ahaha.

    ReplyDelete
  6. aku tga try wat twitterfeed. hahaha

    ReplyDelete
  7. EiNS, tipulah tak tahu. Kamu kan hebat?

    Jaws, banyak lagi sebenatnya. Aku ambil secara rawak.

    amirahsyuhada, tunggu versi 2.

    Eriyza, buat je akak. Asalkan olahan berbeza mungkin akak nampak lebih menarik.

    sickchild, bagus.

    ReplyDelete
  8. baru kenal twitter ni,hahaha

    ReplyDelete
  9. qwitter ?
    mcm cool adjer. hehe :)

    ReplyDelete
  10. aku pon mcm CIkAmoi... baru aje kenal dgn twitter... tu pon kdg2 je update... ngeh ngeh ngeh... ape pon... tq...

    ReplyDelete
  11. twittertwisties, twitter yang menyediakan keropok ketika blogging~

    ReplyDelete
  12. aku ada twitter tp xreti guna
    haha

    ReplyDelete
  13. aku baru daftar twitterfeed...
    ok le tu...

    anyway..thanks Marzuki!

    ReplyDelete
  14. hahaha... penutup entri amatlah lawak.. hehe...

    ape pon 7 7 ni tak leh harap lah... satu pun tak bape nak best dipakai... takkan 7 jer? takde lagi ke?

    ReplyDelete