Sunday

Percuma Layout Blogger : My Yellow Face

My Yellow Face

Satu lagi layout dari aku yakni layout My Yellow Face, sebenarnya tajuk ni aku pakat bedal je. Ianya lebih kemas dan terang dari layout aku sebelum ini. Nak kat lawa tu tak adalah tapi aku memang berpuas hati sebab banyak bug yang telah aku perbaiki lebih-lebih lagi dibahagian navigation.

Aku berikan kamu percuma saja tapi janganlah buang kredit tu. Kasihan aku berpeluh ketiak aku nak buat.

Kelebihan layout ini :-

  • Dua navigasi ditambah pada header.
  • Layout 2 kolum, sidebar di sebelah kiri.
  • Tulisan dan warna berfungsi dalam Dashboard kamu.
  • Blockquote yang cantik.
  • Sistem komen yang cantik dengan border dan background.
  • Navbar disembunyikan.


Maklumat Lesen dan Hakcipta

Semua kod di dalam layout dimodifikasi sendiri oleh aku berdasarkan layout asal Minima Black.

Layout ini telah dilesenkan dibawah edaran Creative Commons Non-Commercial Attribution 3.0 lesen. Ini bermakna kamu boleh menggunakan layout ini mengikut kehendak kamu selagi ia tidak dikomersialkan.

Pendapat Kamu?

Lihat Demo | Muatturun Layout (Dalam bentuk Zip)

36 comments:

  1. background belakan tu statik ke...cuma petak tengah yang bergerak....sebab skrg aku cari layout seperti itu..

    ReplyDelete
  2. boleh la aku letak kat blog blogspot aku nanti..
    hehe...

    eh?
    download dulu tengok..

    ReplyDelete
  3. waah! shak suker giler layout nih..
    sampaikan shak terpaksa berhempas pulas nak buat mcm nih...
    last2 admin dah postkan tamplate nyer...
    ish3... :DD

    ReplyDelete
  4. Cayang Juki.
    Opsss!!!
    Tqvm. :)

    ReplyDelete
  5. wow...
    template baru lagi..
    bagus2..
    lepas ni pakcik google akan pastikan PR lu naik..leh score tuu!!

    goodluck!!

    ReplyDelete
  6. oh satu lagi..template lu mmg best!! =p

    ReplyDelete
  7. pa...
    macamana nak wat background kiter jadi putih?
    ader budak tanya ma.
    ma aner reti bab bab gini.
    suh tanya pa sendiri tak mau...
    nanti gitau ma tau.

    ReplyDelete
  8. wahhh... Juki, memang baik hati... ;)

    ReplyDelete
  9. marzuki, ko terror bab2 coding ni kan?? dekat layout blog aku ada satu garisan warna merah.... camana nak hilangkan? widget2 kat situ berkecamuk tak hengat.. boleh tak ko tolong2 kan??? please.. merayu sangat ni...

    aku nak cilok template ini tapi 2 column je.. aku nak 3 column....!!!

    ReplyDelete
  10. smart layout nie

    ReplyDelete
  11. ™ʞʞoʇɐ, background untuk layout ini hanyakan guna warna dan bukannya gambar.

    menteil, itu yang aku nak dengar tu.

    shakree42, gunakan dengan penuh kasih sayang.

    Eriyza, kalau ada bug sila bagitau.

    noheartfilin, PR nak buat apa? Pergi klik iklan aku tu ada gak faedah.

    Suhaila, muach muach muach.

    @LiYaNNuaR, haha.

    Signorina Syima, bukan disini tempatnya.

    Nazz, terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Thanks bro

    nampak kemas dan men-tarik, leh la try kat projek blog aku nanti

    ReplyDelete
  13. tanya len,
    jawapan len...
    smack down aru tau.
    dush! dush! dush!

    ReplyDelete
  14. bro, cmne nk wat pages kt blogspot ek?

    ReplyDelete
  15. ahaks... blh try nanti

    ReplyDelete
  16. serius lawa...
    aku akan guna utk projek blog blogspot aku nanti...hehe

    ReplyDelete
  17. nak pisanggg.

    aku sarankan ko taruk skali manual dlm attachment tu.
    dan maklumat tambahan.cnthnye camne nak tukar gmbr header tu.amacam?

    ReplyDelete
  18. Rjuna, terima kasih.

    Suhaila, kena bayar baru boleh belajar. Lalala...

    x-po™, mana boleh. Wordpress bolehlah.

    Monkey D Luffy, terima kasih.

    spatt, terima kasih.

    Bunny-Boroi, tak perlu kot. Automatik boleh tukar kat header widget. Banner baru akan menggantikan banner yang lama.

    ReplyDelete
  19. cun...
    header leh tkr x ek?

    pasni wat la bertemakan warna ungu ke biru ke... hehehe

    ReplyDelete
  20. Ryehanna, boleh tukar. Tukar kat header widget oke! Warna tulisan, warna border dan warna background boleh tukar kat Font and Colors.

    ReplyDelete
  21. wah cantek! smart. nak lagi.

    ReplyDelete
  22. thanks marzuki, aku nak tanya satu,ja aku dah guna dah template ni memang puas hati, mudah nak edit pun, cuma satu je yang feed entries, comments, bookmarks dan fave tu camner nak edit? adakah memerlukan kita cipta feed untuk kitanya entries, comments dan sumer tu? or memang ada pada setting?

    eh lebih satu soklan yer..hehe, takder bug, sumer dah edit, tinggal part yang aku tanya je tu nak adjust, tq.

    ReplyDelete
  23. ape kate ko ajo aku camne nak design blog sendri???
    heh....

    ReplyDelete
  24. nur'ain, terima kasih.

    amirahsyuhada, pergi daftar kat feedburner dan technorati ya!

    NaD, tak ada teknik khas untuk belajar buat templat, ianya bergantung kepada citarasa anda. Kalau boleh pergi mana-mana web tentang pemahaman css dan html yang lebih lengkap oke! Disini aku hanya ajar tentang cara mengedit sahaja, itupun untuk yang dah tau asas sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  25. encik marzuki, terima kasih masalah dah selesai, saya guna blogger punya feed saja, dan semuanya settel. Tq, dengan ucapan buatlah layout baru lagi..hehehee...

    ReplyDelete
  26. contoh2 web tentang pemahaman css dan html yang lengkap??

    ReplyDelete
  27. amirahsyuhada, sama-sama.

    NaD, google je 'css tutorial'. Ni contoh yang terbaik www.w3schools.com/css/ dan www.csstutorial.net/. Kalau nak cepat pandai godek sendiri guna template minima, itu saja.

    ReplyDelete
  28. suka sbb kemas... kalo sy rajin edit sy akn letak kredit kt saudara.. tq

    ReplyDelete
  29. PENTULIS18.2.09

    thanks juki.. aku dh pkai skin ko bagi ni.. aku customize skit2.. xpe kan? ke takleh? gegege..

    ReplyDelete
  30. layout nie seswai nan domain ke blogspot actly? mcm shemart..

    ReplyDelete
  31. macam mana nak pasang kat wordpress

    ReplyDelete
  32. terimas byk2 la bro....

    sy da amek install da upload theme nih...

    tp ade sikit modifikasi la...

    cam background n pe tah lg...

    tp an....

    cmne nak hilangkan blog title kat header tu erk ?

    ReplyDelete
  33. sy dah amek template nie..tapi butang 2 link tue taktau apa nak wat dengannya

    ReplyDelete
  34. juki..aku cilok template ko ni..semoge bertambah berkat hidup ko..amin~~

    ReplyDelete
  35. salam, nk tanye, mcm ne nak tambah 'add widget'pada bhgn atas n bwh post section dlm template ni? aku dah cube tp x jadi.

    ReplyDelete
  36. Encik2.9.09

    waaa cantik2

    ReplyDelete