Wednesday

Menghilangkan Logo Advertlets Dan Nuffnang Pada Iklan

Menghilangkan Logo Advertlets Dan Nuffnang Pada Iklan

Aku tak tahu tutorial ini menyalahi terma atau peraturan Advertlets atau Nuffnang, tapi tutorial ini akan membuatkan iklan kamu lebih kemas. Sama ada duit iklan kamu bertambah atau berkurang aku rasa ia bergantung kepada kualiti blog kamu.

Sebenarnya logo pada footer ini bertujuan untuk memudahkan pengiklan untuk memasang iklan mereka diblog kamu, itupun jika mereka berkenan. Kalau kamu mempunyai blog yang betul-betul ramai pelawat, baik jangan buatlah.

Kalau kamu tanya aku, menghilangkan logo Advertlets dan Nuffnang ni memang lebih nampak profesional. Tapi aku tak buat kerja-kerja ni, aku kan jujur. Kalau berani dan yakin, bolehlah ikut tutorial ni. Hikhik.

Menghilangkan Logo Advertlets Dan Nuffnang Pada Iklan

01. Pilih Template > Edit Html.

02. Cari kod ini :

]]></b:skin>

03. Tambahkan kod ini di atasnya :

.ads img{display:none;}


04. Pilih Save.

05. Pilih Layout > Page Element > Add a Gadget : Pilih HTML/JavaScript.

06. Tambahkan kod ini :

<div class="ads">
Kod Advertlets atau Nuffnang disini.
</div>


07. Pilih Save.

Tutorial ini diilhamkan oleh Flisterz, harap maklum. Aku tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang masalah dengan pemilik Advertlets dan Nuffnang.

18 comments:

  1. blog ko memang da best bro...

    nnt aku nk try buat...
    nk tgk jd x hasil usaha aku

    hehe:)

    ReplyDelete
  2. aku ade akaun nuffnang...
    tapi aku tak mo letak kat blog aku
    sebab tagline die:- "I serv nuffnang"

    argh... ingat aku beli domain untuk jadi hambe
    die ke.. hahaha.. *EGO*

    ReplyDelete
  3. Owh.. untuk blogspot...
    kalau korang guna wordpress, lagi kacang.. usya di ohcun.com

    tapi kan cik marzuki, Josh Lim baru call i smalam bincang pasal something.. then terkeluar topik pasal buang banner advertlets nye iklan ni. dia cakap, itu tidak sah dan berapa juta duit korang dapat pun, takkan dikira... so beware guys...

    x pasal2 korang dah kasi free advertise plak kat diorang..

    ReplyDelete
  4. Setakat ni lum penah letak iklan lam blog.

    ReplyDelete
  5. hoho.aku dah banyak terjumpa tutorial pasal ni dan sekali tu, orang besar nuffnang sendiri datang komen.dia cakap kalau buang benda tu, ko akan kurangkan chance untuk keluar iklan best2 kat blog ko.tapi aku dah tak ingt kat blog mana aku baca.

    ReplyDelete
  6. PENTULIS4.3.09

    aku x berani ah nk buat bende ni.. kang abis duit pengiklanan aku.. heheh

    ReplyDelete
  7. buat jangan tak buat....
    hahahahaaaa....

    ReplyDelete
  8. aku tak mau amik risiko.haha.. lgpun aku letak ads tu dlm post gak.. x mencacatkan blog aku pun.hee

    aku takut, nnt 150 yg aku cashoutkan tu xdpt:p

    ReplyDelete
  9. aku sudah meletak ads nuffnang dalam blog aku.
    tetapi earnig aku masih kosong sen.
    mengapa.?
    aku baru sahaja mendaftar seminggu yang lepas.

    ReplyDelete
  10. informative, tapi takut nk amalkan. Kang x pasal2 eden kena ban. ha ha

    ReplyDelete
  11. yup.. kalo buat bnda camni byak risiko beb.. ade yg gantung payment.. ade yg xkan dpat ads best.. hohohoh

    ReplyDelete
  12. Tak mengapalah..
    Tak berani woo

    ReplyDelete
  13. Waa informasi yang bagus tapi x payah le korang buat benda ni.Dah le korang reg free je ngan dorang,apa salahnya promot web dorang.sambil tu kita pun dorang bayar omisen.kira tolong sesama insan le.
    Nuffnang ni kira ok le terima semua untuk letak iklan.kalau google hampeh kalau x de alam bahasa die suka.

    Tima kasih nuffnang dan adverlets sbb beri peluang kat aku cari duit sikit.

    ReplyDelete
  14. Aku memang tak berani nak buang logo dia.. nanti tak pasal-pasal duit aku burn.. Penat-penat usaha selama ni jadi sia-sia je..
    Jangan amik risiko tak tentu pasal.. huhu

    ReplyDelete
  15. Bgus la..br tau camne nk buang..so lpas nie snang la..nk wat fake menu kt atas..nice article..n very valuable lesson..tq

    ReplyDelete
  16. aku dh tanya staff nuffnang.diorang xbg buang code logo nuffnang..kalau x blog korang xkan display iklan .. aku ada tulis entry pasal ni..bleh baca dkat blog aku.

    trimas

    ReplyDelete