Wednesday

10 Layout Menarik Untuk Blogspot Juga Wordpress #01

Masa untuk bertukar layout.

Kali ini aku perkenalkan satu kategori terbaru bagi mereka yang dahaga dan laparkan layout-layout yang cantik. Kamu mungkin sudah bosan dengar cerita merepek dari aku dan aku juga tak larat nak menulis tutorial yang kamu rekues berminggu-minggu lamanya. Eh! Macam rancangan dalam tv je?

Sepanjang aku menulis blog ini beratus-ratus kali juga aku menukar layout. Kamu pun boleh jadi saksi, kalau tak percaya boleh kerat jari. Memandangkan blog ini dah aku jadikan sebahagian dari nota blog aku, pendek kata aku tak nak sedikit pun tercicir. Jadi aku kongsikan layout-layout yang aku rasakan amat menarik khas untuk kamu semua.

Jika kamu berkenan, kamu boleh menggunakannya sebab ianya merupakan pilihan terbaik aku untuk versi pertama. Ianya tidak terikat pada pengguna Blogspot saja, Wordpress pun ada tapi jika ada lah.

10 Layout Menarik Untuk Blogspot Juga Wordpress

Grid Focus



Putih dan kelabu warnanya, juga berbentuk magazin. Tak tahu macam mana nak rebiu, tapi kalau kamu betul-betul kreatif kamu boleh ubah lagi kombinasi warnanya kepada yang lebih menarik. Ruang sidebar yang besar sangat sesuai untuk mereka yang sukakanya widget tapi awas, jangan melampau. Aku tengok ramai pengguna Wordpress menggunakan layout ini, pandai-pandailah kamu bawa diri.

Blogspot : Blogger Buster | Demo | Muatturun
Wordpress : 5 Thirty One | Demo | Muatturun

ImpreZZ



Pertama kali aku lihat layout ni kat Smashing Magazine, ianya direka oleh salah seorang dari perekanya. Tapi masa tu belum ada lagi untuk versi Blogspot lalu aku menggunakan layout Typebased. Ianya bukan saja cantik tapi sangat kemas, sangat sesuai bagi blogger profesional. Widget Twitternya adalah paling kuat tarikannya aku rasa, kamu rasa apa yang aku rasa?

Blogspot : Falcon Hive | Demo | Muatturun
Wordpress : Productive Dreams | Muatturun

Whiteness



Aku rasa inilah satu-satunya layout untuk Blogspot paling minimalis dalam banyak-banyak layout. Kalau kamu rasa sudah bosan dengan layout Minima atau Minima Dark bolehlah mencuba layout ini kerana ia tidak menggunakan sebarang gambar. Ianya mengandungi 2 versi iaitu untuk read more dan non-read more, kamu boleh pilih mana-mana yang sesuai.

Blogspot : Quite Random | Demo | Muatturun

Compositio



Ianya sesuai untuk pengguna yang faham apa itu Css dan Html sebab banyak yang perlu diset secara manual menggunakan layout ini. Kalau kamu rajin kamu boleh baca langkah pemasangannya. Kebiasaan untuk layout yang cantik seperti ini memang berat untuk digunakan pada Blogspot tapi tidak untuk Wordpress. Ianya mungkin berpunca dari hosting gambar percuma yang dikongsi dengan beratus-ratus blogger, aku syorkan kamu upload semula kalau kamu betul-betul nak gunakan layout ini dengan selesa.

Blogspot : Zonacerebral | Demo | Muatturun
Wordpress : Design Deseace | Demo | Muatturun

Green Dark



Lihat pada sudut entri, seperti ada lipatan bukan? Macam 3 dimensi je. Warna hijaunya pun menarik, sedap mata memandang. Secara kasarnya aku berpuas hati dengan layout ini cuma ada masalah sikit kat bullet dan numbering. Ianya lengkap dengan tambahan navigasi, sidebar berbeza dibelah kiri dan footernya sangat menonjol jika kamu pandai mengeditnya.

Blogspot : Templates Paranovo Blogger | Demo | Muatturun

Notepad Chaos



Percaya atau tidak layout ini paling popular bagi pengguna Blogspot, dan ianya menjadi pilihan utama kat web BTemplates. Semua orang tertarik pada rekabentuknya yang lain dari yang lain, lagipun masa tu rekabentuk artwork baru lagi kot. Kamu boleh lihat sendiri jika kamu mahu, bagi aku ianya memang cukup sempurna jika kamu menulis tentang blog peribadi. Kamu tak perlu bersusah payah mengedit balik layout ini kerana ianya sudah lengkap, cuma isi saja widget kamu ditepi.

Blogspot : Gosublogger | Demo | Muatturun
Wordpress : Smashing Magazine | Muatturun

Wordpress Admin



Sekali tengok macam biasa je, dua kali tengok pun macam biasa je. Tapi bagi aku ianya nampak kemas dan profesional. Kalau kena dengan gayanya ianya akan nampak lebih sempurna kamu pandai mengeditnya, terpulang pada kamu. Bullet dan numbering pun cantik, perasan tak?

Blogspot : Theme Lib | Demo | Muatturun
Wordpress : Blog 2 Life | Demo | Muatturun

Color Paper



Untuk Wordpress mungkin layout ini lebih sempurna kerana ianya lengkap dengan theme switcher color. Sayangnya untuk Blogspot takda itu semua. Tapi tak terlalu berkecil hati kerana itu semua hanyalah sekadar widget. Lihat pada gambar backgroundnya pun sudah menonjolkan seni yang kesat itu. Kotak tarikhnya juga direka untuk menjadikan layout ini sebagai pilihan untuk kamu gunakan.

Blogspot : Falcon Hive | Demo | Muatturun
Wordpress : Free Theme Layouts | Demo | Muatturun

Lemon Twist



Ni pun satu lagi layout yang cukup cantik, sangat sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih profesional. Bagi Wordpress memang tiada masalah cuma untuk Blogspot ada sedikit kekurangan, macam biasa semua gambar adalah dari hosting percuma. Kalau kamu memang berminat untuk menggunakan layout ini sila upload kembali kedalam hosting sendiri. Ruang layout ini cukup besar, lihat saja sidebar dan footernya. Apa-apa pun kamu memang akan berpuas hati dengan layout ini.

Blogspot : Jackbook | Demo | Muatturun
Wordpress : Farfromfearless | Muatturun

Grunge



Entrinya berada diatas manakala sidebarnya dibawah. Ianya merupakan layout 1 kolum yang cukup unik, bagi mereka yang tak suka letakkan apa-apa gambar kedalam entri mungkin boleh mencuba layout ini sekarang. Walaupun latarbelakangnya gelap, tapi warna pada entri menjadikannya seakan gaya grunge ala-ala layout Color Paper. Kalau sesiapa sukakan kekemasan aku cadangkan kamu tak terlepas pandang dengan layout Grunge ini.

Blogspot : Blog and Web | Demo | Muatturun
Wordpress : Styleshout | Demo | Muatturun

Apa kata Kamu?

Aku harap kamu berpuas hati dengan sebahagian layout yang dipaparkan. Mungkin kamu ada pilihan lain, jika ya aku nak sangat kamu nyatakan mana-mana layout yang kamu suka untuk aku jadikan 10 layout yang menarik untuk Blogspot bagi versi-versi seterusnya.

Sila nyatakan apa nama layout itu dan dari mana aku boleh mendapatkannya, pilihan haruslah diutamakan kepada Blogspot.

Selamat bertukar layout, hooray!

55 comments:

  1. hoho .. mmg cantik2
    kalo sapa rajin nak cari .. aku syor ke falconhive ..dia ni keja dia mmg convert WP punya template ke blogspot ..

    kalo aku .. aku paling suka Arthemia template yg dah modified .. mmg pro layout ni ..

    tapi kalau nak senang edit .. guna jer template minima sbb 99.9% tutorial yg kita jumpa org tulis semua boleh di gunakan untuk template minima :)

    ReplyDelete
  2. wahhhhh mmg cantik la marzuki..
    em nak tanye camne eh nak tukar theme wordpress pas dwnload pe yg marzuki kasi ni..creative tul sape design sume ni...

    ReplyDelete
  3. ImpreZZ bikin ku impress..

    ReplyDelete
  4. @200162810226478580.0
    aku bagi 5/5 bintang untuk layout tu, amacam?

    ReplyDelete
  5. wahh lawa la pulak
    WP pon ader
    hebat ni
    bole la mentry an error
    hihi

    ReplyDelete
  6. aku guna whiteness tu..puas hati
    hahaha

    ReplyDelete
  7. ni yg tangan aku gatal nk buat theme baru ni. tp masa x memberi peluang. :(

    ReplyDelete
  8. weh lawaaa.
    tapi.
    hum.
    aku syg blog aku.
    =D

    ReplyDelete
  9. lawaaaaaaaaaaa~!

    tp xterrer nk wat..

    takut silap buat plk!!

    tolong lah ajar kan bole?

    ReplyDelete
  10. hoho... cntik smua.. tp ko terlupa satu layout 'aku boonto'.kah3x.

    nnt cuti aku wat layout lg la. yg betul2 spesel.ngeh3x..

    ReplyDelete
  11. smart2 belaka!

    5 star untuk impreZZ! thank you =D

    yg notepad chaos tu kalau utk blogspot sila modify date, kalau x keluar 'undefined' jek.

    ReplyDelete
  12. bro...template utk Joomla! takde ke?
    coz' blog hamba pakai Joomla!
    ade tak? ade tak? ade tak?
    heeee =)

    ReplyDelete
  13. Apsal My Yellow Face tak tesenarai??
    Ramai org guna bro. Kira peymes laa tuh.

    Eriyza : Suka gak template Cik Ien. Seswai
    ngan naluri kewanitaan cheq. :)

    ReplyDelete
  14. template2 yang ringkas memang kesukaan aku. blog aku berserabut tak bro?

    ReplyDelete
  15. @6982933425301303762.0
    Haish, nanti orang cakap syok sendiri plak. Tapi ini memang pilihan sendiri.

    ReplyDelete
  16. @127653632554577338.0
    Blog mana? Rasanya dah oke tu. Ehehehe.

    ReplyDelete
  17. Rajin betul lu cari layout, bagi free plak tuh, nanti ada masa free sikit, gua nak cilok gak satu, hahaha!

    ReplyDelete
  18. aduh... template aku x tersenarai ke... hahaha... template ko kali ni cantik!

    ReplyDelete
  19. wuhuuu....
    aku suke yg grunge tu..
    memang cool lah

    ReplyDelete
  20. tq saya dah tukar layout saya yg boring to notepad chaos

    ReplyDelete
  21. @1923399166971764935.0
    Bagus sangat2 la tu, ahaha.

    ReplyDelete
  22. aku suke colour paper. :)

    ReplyDelete
  23. juki.. aku nak layout merah hitam leh? carikan untuk aku yg best2 nya.. hahahaa

    ReplyDelete
  24. salam. untuk blog baru aku kali ini aku pilih layout Arthemia. boleh cilok di BTemplates. kemas dan tak serabut bagi aku. tapi kena rajin ubah coding. Pastu untuk tajuk tu kena buat sendiri dan upload. tu je la kot. =)

    ReplyDelete
  25. memula tengok imprezz kat SM, aku mmg imprezz. bila aku test kat blogger, aku x impress dah. sebab layout dia besar sangat, rugi space je

    notepad chaos plak, kena pandai edit utk xkuar background image tepi. aku xingat la, tp kena letak widget apa ntah. kuar image "debris" je kat belakang. aku ada yang edited version, bground image tepi sume aku buang. cun! lemontwist plak, bkn kena set display 1 post je ke?

    aku suka gridfocus. bulu, kenapa ko xmasukkan arthemia skali? smart siol

    ReplyDelete
  26. @5442864894296124201.0
    testing2. baru aku perasan. blogger dah ada threaded comment ye? kehebatan! ke ko je yg tweak?

    ReplyDelete
  27. saya dah download tp xbole bukak..error kata nya..
    macam mana ni?

    bole tolong x?
    minat Notepad Chaos

    ReplyDelete
  28. @3858657050405798944.0
    arthemia, sebenarnya aku tengok tak cun pun? ahahaha.

    betul tu, lemon twist memamng kena set 1 pos je, dan itu bukan satu2nya theme sebegitu. Banyak lagi, lebih2 lg wordpress.

    ReplyDelete
  29. @5124950650931144943.0
    orang cari layout bukan berdasarkan warna, tapi bentuk. warna senang tukar, tapi bentuk tidak sesekali.

    ReplyDelete
  30. @3209766139149386227.0
    Dunia dah maju la, ingat Wordpress je ke boleh buat?

    ReplyDelete
  31. notepad chaos aku pilih..nice..
    dah pun aku edit blog aku kepada template notepad chaos..

    ReplyDelete
  32. Tapi kan Marzuki, aku lebih prefer guna template yang kita buat sendiri. Walaupun tidak secantik template2 lain, tapi jiwa kita sebati ngan template tu.

    Macam aku punya, walaupun simple je, tapi aku jatuh chenta dengan 'beliau'. Ha3. Lagi satu, kalau kia buat template sendiri, kita akan kelihatan unik sebab kita je ada design camtu.

    Betul tak?

    p/s : first time komen kat sini. selalu jadi silent reader jer...

    ReplyDelete
  33. dah lama tak carik theme baru...
    nie aku ada lagi satu port..
    orang kita yang wat...

    http://wpbloggerthemes.blogspot.com/

    ReplyDelete
  34. seyesly..sangat2 berterima kasih bro...
    ni first time aku tgalkan komen kat sini...
    mmg ngah cr template pun..tq2

    ReplyDelete
  35. @7970010173520014503.0
    unik. tak kisahlah kamu guna layout apa pun asal kamu ada usaha edit sampai betul2 jadi lain, itu baru unik. sebenarnya senang je nak jadi unik, tapi biarlah unik dan kemas.

    ReplyDelete
  36. @1626148002209454660.0
    Sangat2 membantu, terima kasih bro.

    ReplyDelete
  37. ada apa dengan layout?

    ReplyDelete
  38. terasa mcm nak upah orang buat layout untuk aku la. hehe :)

    ReplyDelete
  39. Khai - Justkhai.Com11.4.09

    aku suke yg last.. boleh jadikan web affiliate.. hahaha

    ReplyDelete
  40. haha, aku baru perasan, arahan untuk mereply komen kat blog ni dah di ringkaskan. kah kah. Mari bantu-membantu untuk keamanan para blogger sejagat.

    p.s. eh, ko dah tukar balik layout yg lama. Aku ingat ko tengah dalam proses nak buat layout baru. bukan ek?

    ReplyDelete
  41. WEh
    Menarik...

    pandai ko yer...
    thankz...
    ada lagi x?
    Muahaha

    ReplyDelete
  42. aku macam suka layout layout ni
    dan macam nak pon ada

    tapi nanti aku tak reti nak edit lah
    kalau yang biase biase aku retilah

    tak pandai
    =(

    ReplyDelete
  43. Tengah cek2 ni..
    belum rasa berminat..

    ReplyDelete
  44. ITemplatez.com offers professional, psd templates,professional templates, web tempaltes, css templates, flash templates ,swish templates, and other web design products available for easy download.

    ReplyDelete
  45. lawa lah..tapi sayang ngan theme yang ada..huhu

    ReplyDelete
  46. smart gak theme2 yg ko bagi nie...

    ReplyDelete
  47. @6450590216132812635.0
    nantikan untuk versi2 seterusnya.

    ReplyDelete
  48. @3920276484201422566.0
    aku ilhamkan dari blog nko, eles macam tak perasan.

    ReplyDelete
  49. @7464230847577506510.0
    ada2 je. blog aku pun kalau boleh nak letakkan gak, ahaha.

    ReplyDelete
  50. suka notepad chaos. mungkin mahu mencurinya. heh.

    ReplyDelete
  51. Tahniah bos. Mmg cun la U punyer template n layout tu. Boleh bkongsi lagi lps2 ni............

    ReplyDelete