Monday

10 Layout Menarik Untuk Blogspot Juga Wordpress #02

Masa untuk bertukar layout lagi.


Layout datang lagi, hehe. Sesiapa yang tak puas hati dengan layout versi lepas boleh muatturun lagi layout baru untuk bulan ni. Bulan depan aku tak janji, kalau ramai designer layout buat bolehlah aku buat entri layout lagi untuk versi ke-3.

Aku harap kamu pilih layout yang sesuai dengan blog dan citarasa kamu.

Magasin



Layout ni paling terbaru, nampak macam profesional. Asalnya dari Wordpress kemudian diconvert ke Blogspot. Kat header sudah dikhaskan satu tempat untuk ruang iklan. Nak letak iklan Nuffnang atau Adverlets pun boleh. Tapi sampai sekarang duit iklan tak dapat-dapat, haram.

Blogspot : FalconHive | Demo | Muatturun
Wordpress : PaddITSolutions | Demo | Muatturun

TypeBased



Dalam banyak-banyak layout aku gunakan inilah yang paling menepati citarasa aku, kamu lihat sendirilah blog ini. Buktinya dah berbulan-bulan aku masih gunakan layout ini dan setakat ni aku dah tak nak lagi tukar layout. Walaubagaimanapun layout ini cerewet sikit, kalau kamu betul-betul nak gunakan layout ni aku syorkan sangat-sangatlah.

Blogspot : BlogandWeb| Demo | Muatturun
Wordpress : WooThemes | Demo | Muatturun

Vistered



Ni layout yang lain dari yang lain, kalau tak percaya sendiri tengok. Kalau tak puas hati boleh cubanya pula. Ianya dilengkapi dengan suis tema, jadi kamu boleh guna kesebelah tema yang diberikan dalam blog kamu. Kamu cuma perlu main klik-klik saja. Background main dan sidebarnya pula dibuat seperti ada shadow, designernya memang bijak menggunakan teknik Photoshop ke dalam layout.

Blogspot : BloggerTemplates | Demo | Muatturun
Wordpress : WindyRoad | Muatturun

Firebug



Aku suka warna biru dan hijaunya yang lembut, sepadan dengan background hitam. Jika kamu perlukan sidebar 2 kolum inilah yang aku syorkan. Nak letak iklan 125 piksel pun senang sebab dah ada ruang untuknya. Selain itu social bookmark sudah dipasang siap kat footer, sesiapa yang malas tak perlu lagi nak godek. Layout ni tak berat, ringan saja dan kamu patut mencubanya.

Blogspot : ThemeLib | Demo | Muatturun
Wordpress : BlogOhBlog | Demo | Muatturun

Fervens



Sumpah tak tipu, ianya memang cun. Bukan calang-calang orang yang buat layout ni. Ianya terbahagi kepada 3, kamu boleh pilih nak guna yang mana satu. Tapi bagi aku layout pertama dan kedua lebih sesuai kerana ianya lebih ringan apa blog dibuka. Pandai-pandailah kamu edit balik biar sesuai dengan citarasa kamu. Walaupun layout ni dah lama tapi ianya tetap dalam senarai layout menarik bagi aku. Kamu pula macam mana?

Blogspot : BlogAndWeb | Demo | Muatturun
Wordpress : DesignDeseace | Demo | Muatturun

Birdie’s Sweet Blog



Gisele Jaquenod adalah satu-satunya blog yang menawarkan layout yang lebih feminim. Suhaila pun gunakan layout darinya. Kebanyakkan layout yang dibuat adalah bertemakan burung-burung. Dan aku rasa layout ini adalah yang paling manis, sesuai dengan nama yang diberikan. Sila hati-hati, layout ini mungkin dah lama dan ianya mungkin tak supportComment Form Embedded Below Post.

Blogspot : Gisele Jaquenod | Demo | Muatturun

UrbanArtist



Ini pun kalau sekali tengok macam cantik je, hehehe. Aku suka bahagian headernya yang besar beserta tulisannya sekali. Sidebarnya pun kemas, kalau nak guna aku cadangkan kamu pasang Read More untuk nampak lebih kemas. Nanti tak adalah orang cakap layout cantik tapi blog buruk, pandai-pandai kamu edit ya! Aku pun da buat tutorial Read More, gunakan fungsi kotak search untuk mencari.

Blogspot : BlogAndWeb | Demo | Muatturun
Wordpress : StyleShout | Demo | Muatturun

Hemingway



Ni layout nampak macam biasa je, tapi yang membuatkan ia menarik adalah entrinya dibaca secara melintang. BloggerBuster pun pernah ajar cara macam mana nak buat tapi bukan aku nak ceritakan hari ini. Ianya ala-ala layout Minima, kalau kamu sukakan gaya minimal kamu boleh gunakannya. Sidebarnya berada dibahagian footer, dibahagikan kepada 3 kolum. Tapi search boxnya macam ada masalah, boleh buang jika mahu.

Blogspot : BlogCrowds | Demo | Muatturun
Wordpress : Warpspire | Muatturun

Masinop



Aku suka layout sebegini, dibuat dengan cukup kemas sekali. Kamu tak perlu letak banyak-banyak widget, cukuplah 3-4 widget saja. Ianya cukup unik dengan backgroundnya yang berwarna-warni, kalau kamu nak mencuba bolehlah. Walaupun layout ni dah lama tapi kodnya telah diupdate dengan fungsi Blogspot terbaru. Setakat ni aku puas hati.

Blogspot : Falcon Hive | Demo | Muatturun
Wordpress : Paddsolutions| Demo | Muatturun

Dreamwork Redux



Susah nak dapat layout gelap yang betul-betul cantik bukan? Ini salah satu layout gelap yang aku jumpa, aku suka sebab kombinasi warna biru dan putih melembutkan pandangan mata yang melihatnya. Tumpuan betul-betul dicuri dengan headernya yang ala-ala bubble, cuma tunggu letak ayat yang sesuai saja. Footernya pun kamu jangan lupa tengok ya!

Blogspot : JackBook | Demo | Muatturun
Wordpress : Quickiepc | Demo | Muatturun

Apa Kata Kamu?

Aku harap kamu berpuas hati dengan sebahagian layout yang dipaparkan. Mungkin kamu ada pilihan lain, jika ya aku nak sangat kamu nyatakan mana-mana layout yang kamu suka untuk aku jadikan 10 layout yang menarik untuk Blogspot bagi versi-versi seterusnya.

Sila nyatakan apa nama layout itu dan dari mana aku boleh mendapatkannya, pilihan haruslah diutamakan kepada Blogspot.

Jangan lupa 10 layout menarik dari versi lepas ya!

24 comments:

  1. i'm first...
    Layout yg betul2 menarik...
    Tapi sayang la layout yg ada sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. smart.. tp aku baru je tukar layout..
    blogspot je x tukar2.. still pkai theme yg ko bg dulu..
    huhuu

    ReplyDelete
  3. salam... wah..terima kasih kerana beri layout free.. akhirnya dapat jugak layout macam blog nie..thanx.. i love you layout..

    ReplyDelete
  4. huhu, developers theme memang dah belambak skang nie, sampai tak berbaloi nak beli theme, sebab theme free pun dah cantik huhu,

    bagi aku tukar theme nie perlu supaya pelawat korang x bosan..

    ReplyDelete
  5. semua cantik2 weh...
    upload lagi...
    thankz3....
    hehehehe

    ReplyDelete
  6. adoi malas tul nk tukar theme....

    ReplyDelete
  7. aku dah guna Magasin utk Blogspot dr Falconhive
    mmg cun ..

    kalo sesapa nak tgk cth, bleh gi ke blog cwgn aku > http://specialkbsoccernet.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. rajin ko usha template2 ni kan..ade mase lak ek nak edit template..huhu

    ReplyDelete
  9. eh eh
    yang "Birdie’s Sweet Blog" ni cantik lah

    :)

    ReplyDelete
  10. ala layout aku lagi lawa. hehe

    ReplyDelete
  11. fuh. memang banyak layout yang gempak dan cool!

    kelabu mata kalau nak belek satu2. uhuhu.

    ReplyDelete
  12. hohoho... Firebug tu dulu Oh Tidak pakai.. ramai gak penah pakai neh... erm juki takde merah hitam nya layout ke, wordpress oke... hehhee.. kalo ada tweet lew..

    ReplyDelete
  13. sume mmg lawa..
    nk tanye skit..nk mntak pendapat la..
    aku nk wat portfolio kt web..n tgh pikir nk pkai wordpress or blogger..
    aku dh lame pkai blogger..hehe
    n satu lg..ade idea x or suggestion ttg layout yg sesuai..tq..

    ReplyDelete
  14. mmg menarik dia punya design....

    ReplyDelete
  15. aku puas xplore la, adui naik muntah aku dibuatnya

    ReplyDelete
  16. mane layout blog ak???
    x tesenarai ke??hehe

    ReplyDelete
  17. Salam bro, aku ada guna layout TypeBased. Tapi kenapa tidak kelihatan seperti dilarangmelarang? Macam ada kecacatan.

    ReplyDelete
  18. macam mana nak kelihatan seperti blog anda skg?

    ReplyDelete
  19. wah..tq ...lwa2 lah ko ponya layout

    ReplyDelete
  20. oxide12.6.09

    salam, nice info
    aku ada baca klo nak using layout macam2 ni for wordpress, hanya boleh blog using platform "wordpress.org"
    sedangkan platform "wordpress.com" tak boleh.

    btol tak macam tu ?
    klo wordpress.com pun boleh guna, boleh bagi tau macam mana step by step ?

    tq =)

    ReplyDelete
  21. klu kita nak layout yang ada 3 collumn bole tak?
    miahahahahaha....

    ReplyDelete
  22. ak bru nak try,,,
    byk gak yg manarik huk4

    ReplyDelete